Berpuluh-puluh sami Buddha Burma menyuarakan bantahan di hadapan Kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar, semalam mengutuk tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan sokongannya terhadap Rohingya.

Menurut rvisiontv.com, kira-kira 30 sami berkumpul di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan melaungkan slogan menentang Perdana Menteri Malaysia mendakwa Malaysia cuba untuk campur tangan dalam urusan dalaman Myanmar.

Mereka memegang sepanduk dengan slogan ‘Kutukan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Jangan Beri Tekanan Kerajaan Myanmar’.

Ketua sami mengatakan ‘kami akan terus mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia dari 4 Disember dan seterusnya sebagai balas bantahan untuk ‘protes di hadapan kedutaan Myanmar di Malaysia terhadap isu Bengali (istilah popular digunakan oleh kerajaan dan pelampau Burma untuk Rohingya untuk memberi mereka gambaran warga asing) di negeri Rakhine. “

Najib mengumumkan akan menyertai perhimpunan awam yang akan diadakan hari ini di Kuala Lumpur untuk mengutuk pembersihan etnik Rohingya yang dilakukan oleh tentera (Myanmar) di negeri Arakan, Myanmar.

Kementerian Luar Malaysia telah menyelar U Zaw Htay menyatakan bahawa penindasan terhadap Rohingya bukanlah urusan dalaman Myanmar lagi tetapi satu kebimbangan yang serius untuk kestabilan dan keselamatan negara-negara ASEAN dan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Malaysia mengeluarkan kenyataan tegas pada November lalu dengan mengatakan pembersihan etnik Rohingya adalah kejam dan menggesa kerajaan Myanmar supaya segera menghentikan keganasan.
Dalam prinsip agama Buddha, sami perlu mengelakkan diri mereka daripada urusan dunia termasuk juga berpolitik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here