Beberapa hari lalu, Malaysia digemparkan dengan berita pengawal peribadi yang menembak mati beberapa orang termasuk bosnya sendiri, Datuk Ong Teik Kwong. Dalam kejadian tembak tersebut, 3 dilaporkan mati dan 4 lain cedera.

Polis mengesahkan bahawa Datuk Ong sememangnya ketua geng yang sangat terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai Geng 24.


Menurut portal berita China Times, Datuk Ong juga menukar namanya dalam akaun media sosial kepada “
Ahli Geng Pulau Pinang”. Pada profil beliau ditulis:

Kami boleh mati (tetapi tidak boleh kalah), kerana kita tidak boleh sesekali kalah.


Menurut polis, geng 24 adalah salah satu daripada 14 kumpulan rahsia yang dipantau polis.

Geng 24 dilaporkan terlibat dalam kes pembunuhan, peras ugut, pengedaran dadah dan pinjaman wang haram. 


Walau bagaimanapun, apa yang paling membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya adalah bagaimana beliau boleh dianugerahkan gelaran Datuk dengan latar belakang terkenal beliau. Menurut worldofbuzz.com, gelaran itu dipercayai dianugerahkan di Pahang sekitar bulan Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here