Dalam kita berniaga, selalunya ada pasang surut, ada masa untung dan ada masa rugi. Sudah menjadi kebiasaan dalam perniagaan tidak kiralah perniagaan apa sekali pun.

Namun, andai kita mengalami kerugian dek kerana kekurangan pelanggan, semestinya kita sebagai peniaga mahu cari puncanya, bukan? Bagi mengatur semula strategi mengembalikan bisnes seperti sedia kala.

Beberapa hari ini kecoh di Twitter tentang kisah sebuah restoran yang disihir. Bagaimana pemilik tersebut tahu restorannya disihir? Ikuti kisahnya.

Siapa yang menetap di Perlis pasti tahu akan kewujudan restoran Ana burger. Dikatakan ia juga menjadi tempat lepak pelajar di sana juga.

Mempunyai banyak jenis menu burger yang unik dan menarik, sudah pasti restoran in dikenali ramai oleh penduduk setempat dan juga luar. Namun yang menimbulkan tanda tanya pelanggannya apabila setiap kali mereka ke sana, restoran itu kelihatan seperti tutup. Namun menurut pemilik restoran itu mereka hanya tutup pada Rabu sahaja. Dibuka pada hari lain. Memang aneh…

Sampailah pada suatu hari pemilik restoran ini menjumpai tiga pasang kain telekung di sebelah kiri melalui jalan masuk kedai pada bulan lepas.

Tidak berhenti sampai di situ saja, bulan ini pula mereka menjumpai tiga helai kain tudung di sebelah kanan kedai.

Kata pelanggan restoran ini, ada yang telah banyak kali ke sana namun kelihatan lampu sahaja menyala tetapi tidak nampak ada orang langsung yang difikirkannya telah tutup.

Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan pendapat pemilik restoran tersebut bahawa ia adalah akibat dari sihir.

Apa-apa pun kami berdoa semoga si pelaku pulang ke pangkal jalan. Dan kepada pemilik restoran ini semoga cekal mengharungi ujian ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here