Rusia mengancam untuk “menghapuskan” sesiapa saja yang tidak mahu meninggalkan bandar Aleppo, Syria, semalam.


Pejuang sunni menyeru segera gencatan senjata selama lima hari agar orang awam dapat keluar dengan selamat.

Foto: Getty Images

Tetapi Presiden Bashar al-Assad yang disokong kuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, tidak bersedia untuk berganjak dan mahu pejuang yang didakwanya sebagai pemberontak menyerah diri atau menghadapi kematian.

Bandar Aleppo yang dikuasai oleh Free Syrian Army dan beberapa kumpulan pejuang Sunni kerap kali dibom saat ini oleh Rusia dan kerajaan rejim Bashar al-Assad manakala semua hospital di Aleppo telah dimusnahkan dan penduduk melarikan diri akibat kehabisan makanan.

Foto: Getty Images

Pada hari-hari kebelakangan ini, helikopter Rusia telah menjatuhkan risalah mengancam penghapusan bagi 250,000 penduduk dan pejuang yang tidak mahu meninggalkan tempat itu.

Risalah seperti ini telah digugurkan oleh Rusia di Aleppo beberapa kali dalam tempoh lima minggu lalu.

Biasanya risalah ini diedarkan sebelum serangan kilat peluru, bom atau peluru berpandu dilancarkan dari kapal pemusnah di luar pantai Syria.

Foto: Getty Images

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, dilaporkan berkata semalam: “Jika ada seseorang yang enggan meninggalkan Aleppo, dia akan dihapuskan. Tidak ada jalan lain.”

Agensi bantuan mengatakan beratus-ratus orang awam terbunuh dalam kematian yang menyeksakan dan ramai yang cedera parah.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here