Kanggaru adalah haiwan mamalia dari Australia yang terkenal dengan keupayaan bertinju, bahkan manusia pun tidak ada yang berani jika perlu berhadapan dengan seekor kanggaru.

Namun, seorang lelaki mencipta sejarah baru di mana dia dengan beraninya menumbuk wajah seekor kanggaru yang menyakiti anjing peliharaannya. Rakaman pergaduhan lelaki dan kanggaru itu pun terus viral sejak dimuat naik ke Facebook beberapa hari lalu.

Dalam video tersebut, kanggaru itu kelihatan seperti mencekik leher seekor anjing. Tidak puas hati haiwan peliharaannya disakiti begitu saja, lelaki itu terus cuba menolongnya dengan menghadapi kanggaru itu secara langsung, apa yang terjadi?

Kanggaru itu pun terus melepaskan anjing tersebut dan terus berhadapan lelaki itu. Tidak lama selepas itu, lelaki itu terus menumbuk wajah kanggaru tersebut.


Lihat reaksi si kanggaru, ia kelihatan sangat marah sekali apabila wajahnya dipukul. Tonton video di bawah ini:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here