MELAKA – Melaka United berada pada peringkat akhir untuk merekrut ketua pasukan Harimau Malaysia, Mohd Amri Yahyah, untuk saingan Liga Super musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United dan pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata semua terma, termasuk gaji dan tempoh kontrak, akan dimuktamadkan Isnin.

“Kita telah membuat tawaran secara lisan kepada beliau untuk menyertai Skuad Sang Kancil dan segala-galanya nampak positif tetapi kita memberikan beliau masa untuk berfikir, kita akan tengok bagaimana pada hari Isnin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Amri, 35, yang bermain untuk Johor Darul Ta’zim, telah memiliki 61 caps dengan jaringan 15 gol untuk negara.

Mohd Yusoff berkata Melaka United tidak melihat umur Amri sebagai penghalang untuk mendapatkan perkhidmatan tetapi itu bergantung pada bentuk semasa penyerang prolifik, yang popular dipanggil dengan panggilan Wak Am.


“Walaupun usia beliau adalah menghampiri 36 tahun, prestasinya adalah seperti seorang yang berusia 26 tahun, kami percaya dia boleh membantu Melaka United ke tahap yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

“Terima kasih JDT. Terima kasih MU,” catat Amri ringkas dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here