(Foto: hurriyetdailynews.com)

SAKARYA – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Ahad (13/01) berjanji untuk memperkuatkan hubungan dua hala dengan Qatar dalam semua bidang.

“Kami akan sentiasa ingat bahawa Qatar berdiri dalam solidariti bersama kami. Kami akan terus mengukuhkan kerjasama kami dengan Qatar dari pertahanan hingga perdagangan dan dari pelancongan hingga tenaga,” kata Erdogan pada pertemuan pengeluar automotif BMC di wilayah barat laut Turki, Sakarya.

“Kami tidak akan lupa dan tidak akan melupakan solidariti yang ditunjukkan kepada negara kita oleh saudara kita Qatar mengenai isu-isu semasa – dari percubaan rampasan kuasa 15 Julai sehingga serangan krisis mata wang Ogos,”

Erdogan menegaskan bahawa kemajuan Turki akan berterusan dalam industri pertahanan. Menurut Erdogan, Turki telah mengurangi separuh kebergantunganasing, dari 80 peratus pada 2002 hingga 35 peratus pada hari ini.

“Keupayaan ketenteraan Turki dan keupayaan ekonomi, politik dan diplomatik mesti kuat” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here