Dalam satu siri dokumentari National Geographic disiarkan pada April dikenali sebagai ‘The Story of God’, bintang pelakon hollywood, Morgan Freeman berkata, bahawa panggilan Muslim untuk solat yang dikenali sebagai azan adalah salah satu bunyi yang paling indah di dunia.

“Salah satu bunyi yang paling menghantui dan indah di dunia adalah panggilan orang Muslim untuk solat,” katanya.

Pujiannya datang selepas ahli politik Israel telah mengatakan azan lima kali sehari sebagai pencemaran bunyi yang boleh menjejaskan kualiti hidup, dan melaksanakan larangan laungan azan melalui pembesar suara.

“Selepas bersemuka orang islam sendiri, saya telah belajar bahawa Islam bertujuan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman”.

Berkenaan isu yang melanda umat islam hari ini, beliau berkata hanya peratusan kecil daripada umat Islam sahaja melancarkan perang terhadap Barat.

Pelakon legenda hollywood itu mengenali pelbagai agama dan kepercayaan yang berbeza ketika keseluruhan enam siri berkenaan..


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here