KOTA BHARU, 13 Dis – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berangkat hari ini ke ibu negara bagi menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun.

Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Majlis Raja-Raja yang mesyuarat kali ke 243 pada bulan Oktober lepas, akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas mengangkat sumpah memegang jawatan dan menandatangani surat pengisytiharan di Istana Negara.

Beribu-ribu rakyat pelbagai kaum, mengibarkan bendera negeri Kelantan dan bendera kebangsaan Jalur Gemilang , sepanjang jalan 14 kilometer dari Istana Negeri ke lapangan terbang.

Persembahan kebudayaan juga turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang laluan.

Keberangkatan baginda diiringi lambaian dan laungan Allahuakhbar dan selawat sepanjang laluan meraikan ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di lapangan terbang.


Pesawat khas yang membawa Sultan Muhammad V dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebagai menteri pengiring, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 09:12 tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here