Berwudhuk adalah perkara wajib untuk dilakukan sebelum solat. Antara tujuan wudhuk adalah untuk membersihkan najis-najis kecil yang melekat pada tubuh kita. Oleh itu, wudhuk dimasukkan dalam syarat sah untuk solat.

Bukan sahaja dilakukan sebelum solat, wudhuk juga sebenarnya boleh dilakukan bila-bila saja kita mahu. Salah satunya sebelum kita tidur. Terdapat banyak manfaat yang akan diperoleh jika kita berwudhuk sebelum tidur.

Berikut adalah sedikit ulasan mengenai keajaiban berwudhuk sebelum tidur yang banyak orang tidak sedar. Mulai sekarang, jangan lupa berwudhuk sebelum tidur ya!

1. Mengekalkan kesihatan dan kebersihan kulit muka

Ada yang mengatakan bahawa orang yang rajin solat wajah mereka sentiasa bersinar. Dari sudut pandangan ilmiah, muka yang bercahaya itu dapat dihasilkan dari air wudhuk yang mencuci muka. Air boleh membersihkan kotoran di muka. Selain itu air juga dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga wajah kelihatan muda dan bercahaya.

Jadi memang patut jika seseorang yang rajin berwudhuk, wajahnya akan lebih sihat dan bersih lagi bersinar. Jadi sangat sesuai untuk mengambil wudhuk sebelum tidur sehingga kulit anda bersih.

2. Merehatkan otot badan

Air wudhuk yang menyegarkan dapat merehatkan otot-otot badan yang tegang. Walaupun sejuk, tetapi mengambil wudhuk pada waktu malam mempunyai kebaikannya sendiri. Suhu sejuk air akan melegakan otot badan anda, supaya tidur anda akan berasa selesa dan lebih berkualiti.

3. Mengatasi insomnia
Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk tidur atau insomnia, penyelesaian untuk mengatasi masalah ini adalah untuk mengambil air wudhuk. Insomnia disebabkan oleh minda yang tidak tenang dan keadaan badan yang tidak cukup rehat. Dengan mengambil wudhuk, sekurang-kurangnya air akan membantu menenangkan minda dan merehatkan badan anda. Dengan cara itu, insyaAllah insomnia dapat diatasi.

4. Bangun awal

Sekiranya anda sering terlebih tidur, mungkin pola tidur anda tidak teratur atau badan anda terlalu letih. Jika anda ingin bangun awal pada waktu pagi, anda boleh cuba untuk mengambil wudhuk sebelum tidur. Dengan mengambil air wudhuk, InsyaAllah dapat merawat tubuh yang letih dengan cepat. Jadi nanti anda akan boleh bangun pada waktunya.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here