19 September 2015: Cristiano Ronaldo berjalan keluar di Stadium Bernabeu bersama kanak-kanak pelarian Syria. Osama Alabed Al-Mohsen dan anaknya yang berusia 7 tahun Zied adalah tetamu kehormat untuk Real Madrid (Foto: CNN)

Cristiano Ronaldo dalam satu kenyataan telah menyatakan kesedihan ke atas nasib yang menimpa kanak-kanak dalam peperangan di Syria dan menyalurkan derma untuk membantu bekalan dana kecemasan di Aleppo.

Aleppo telah menyaksikan empat tahun peperangan antara tentera kerajaan dan penentang kerajaan sehingga Khamis lalu (22/12/2016) apabila penentang kerajaan meninggalkan tempat itu menyebabkan kerajaan mendapat kawalan penuh buat kali pertama sejak 2012.

Dalam mesej video yang disiarkan melalui akaun rasmi Twitter beliau (23/12/2016), Kapten Pasukan Portugal itu berkata:

“Ini adalah untuk kanak-kanak Syria. Kami tahu bahawa kamu telah banyak menderita.

“Saya seorang pemain yang sangat terkenal, tetapi kamu adalah wira sebenar.

“Jangan putus harapan. Dunia ini bersama kamu. Kami mengambil berat tentang kamu. Saya bersama kamu. ”

Tonton video di bawah:


Organisasi antarabangsa, Save The Children berkata, “derma murah hati” Ronaldo akan digunakan untuk membiayai makanan, pakaian dan rawatan perubatan untuk keluarga di Aleppo dan seluruh Syria.

“Derma murah hati Cristiano Ronaldo akan membantu kita untuk menyokong kanak-kanak dari Aleppo dan seluruh Syria yang telah mengalami penderitaan yang sepatutnya kanak-kanak itu tidak perlu lalui,” Pengarah Save the Children, Nick Finney, berkata dalam satu kenyataan.

“Ronaldo bukan sahaja salah seorang tokoh sukan yang paling ikonik di dunia, tetapi dia juga telah menjadi satu harapan untuk berjuta-juta kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia. Dan harapan menjadi sesuatu yang kanak-kanak Syria perlukan sekarang lebih daripada biasa. ”

Pertempuran di jalanan dan bom yang digugurkan dari udara di Aleppo menyaksikan hospital musnah dan puluhan ribu rumah dan pangsapuri menjadi tidak boleh didiami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here