Tahun ini adalah seperti mimpi buruk bagi penduduk negara haram Israel. Selepas dilanda kebakaran besar pada November lalu di mana hampir separuh daripada negara itu telah hancur dimakan api, sekarang mereka menghadapi kehilangan lain apabila salah satu tangki di sebuah kilang minyak di Haifa terbakar.

Sebab kebakaran itu tidak diketahui, manakala tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Angin kencang menyebabkan api merebak semakin teruk dengan cepat membawa kepada kemusnahan kilang. Bagaimanapun, polis Israel berkata, keadaan ini tidak membawa sebarang kemudaratan kepada penduduk tempatan.


Kemusnahan ini telah semestinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi Israel yang menjadikan minyak sebagai sumber negara menjana pendapatan. Kilang yang berada di lokasi utara Israel adalah syarikat penapisan minyak terbesar di Israel yang dikawal oleh Israel Corp.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here