Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, berjaya merampas “rahsia besar” semasa kegagalan operasi keselamatan Israel di Semenanjung Gaza pada November, kata jurucakapnya pada hari Sabtu.

“Kami merampas peralatan dan peranti teknikal yang mengandungi rahsia besar. Musuh (Israel) menganggap bahawa peralatan itu tidak dapat digunakan dan rosak,” kata Abu Ubayda pada sidang akhbar di Gaza.

Ubayda berkata Israel sepatutnya bimbang, sambil menambah: “Maklumat yang kami peroleh daripada peralatan itu akan membantu kami menyusun strategi berdepan perang dengan Israel .”

Pada 11 November lalu, Briged Qassam mengumumkan bahawa mereka telah mengesan tentera Israel menyelinap masuk ke Khan Younis di timur Semenanjung Gaza.


Hamas mengatakan kenderaan komersial di Gaza ini telah digunakan dalam satu operasi khas pada 11 November 2018.
Hamas mengatakan kenderaan komersial di Gaza ini telah digunakan dalam satu operasi khas pada 11 November 2018.

Tujuh orang Palestin dan seorang askar Israel terbunuh dalam penyelinapan dan penyamaran itu. Kejadian itu diikuti oleh peningkatan serangan tentera Israel terhadap Gaza.

Ubayda berkata tujuan operasi Israel adalah bagi memasang peranti pengawasan mengintip rangkaian komunikasi Hamas.

Peralatan Israel yang dirampas oleh Hamas berikutan operasi Gaza yang gagal pada bulan November, yang dipamerkan oleh Hamas pada 12 Januari 2019.

“Namun, rancangan Israel itu gagal walaupun menggunakan semua sistem dan kemudahan mereka. Oleh itu, kami memberi amaran kepada pengintip Israel supaya menyerah diri, ” katanya.

Hamas mendakwa tentera Israel telah masuk dan keluar dari Gaza beberapa kali dan melakukan operasi bukan sahaja di sana tetapi di negara lain di Timur Tengah.

Menurut Abu Ubaida, salah seorang daripada mereka telah tinggal di Gaza selama beberapa hari sebelum operasi, di bawah nama petugas amal.

Mereka (Israel) menyewa sebuah bilik tetamu di tepi pantai Khan Yunis, di selatan Gaza, yang mereka gunakan sebagai tempat mereka berhimpun.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mendedahkan bulan lalu bahawa organisasinya memperoleh “aset teknologi keamanan yang merupakan harta karun” ketika menyekat operasi Israel.

Haniyeh mendakwa apa yang dirampas Hamas ketika operasi menyekat itu mendedahkan kaedah operasi militer Israel, yang akan mempunyai “implikasi dalam perang minda” antara Israel dan organisasi Hamas.

Al-Qassam juga telah memutuskan untuk memberi peluang kepada pengkhianat Palestin untuk menyerah diri.

Mana-mana pengkhianat yang membantu penangkapan tentera dan pegawai Israel, katanya, akan diberikan pengampunan dan diberi hadiah satu juta dolar.

Kementerian Dalam Negeri di Gaza mengumumkan
kira-kira 45 rakyat Palestin ditahan di atas tuduhan melakukan kerjasama dalam operasi Israel untuk menyelinap masuk ke Khan Younis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here