Foto: Daily Mail

Sebuah rakaman video yang diambil oleh NASA baru-baru ini menjadi heboh apabila dalam video berkenaan NASA berjaya menemukan objek seakan-akan sudu di planet Marikh.

Penemuan objek 
seakan-akan sudu di planet berpasir merah itu membuatkan para peminat alien percaya bahawa di Marikh ada kehidupan sama seperti di Bumi.

Penemuan yang menunjukkan objek seperti sudu tersebut adalah penemuan yang kedua kalinya. Dalam beberapa tahun terakhir juga telah pernah menjumpai objek dengan bentuk sama. Hal itu menyebabkan sesetengah orang menganggap penemuan itu boleh menjadi bukti adanya kehidupan di planet merah tersebut.


Sebelum ini juga, objek-objek lain seperti cincin dan sarung tangan juga berjaya ditemui di planet Marikh.


(Foto: Daily Mail)

Video penemuan tersebut dimuat naik ke YouTube oleh akaun UFO Hunter dengan caption, “Ada sudu raksasa di Marikh. Hal ini sangat luar biasa! Mungkin ini bukti dari peradaban yang hilang.”

Beberapa orang yang kagum dengan penemuan tersebut mengatakan perkara tersebut tidak mungkin terjadi secara semulajadi.


Ada juga pengguna lain mendakwa bahawa perkara 
ini boleh menjadi tanda adanya kehidupan memandangkan ianya adalah sendok kedua dijumpai.

Namun tidak semuanya kagum dengan penemuan tersebut, ada juga orang lain yang ragu-ragu dengan mendakwa penampakan sudu itu hanyalah bentuk dari ilusi optik semata-mata.


Pendapat pembaca semua bagaimana, adakah itu sudu asli atau hanya kebetulan terjadi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here