Salah seorang penyanyi legenda negara, SM Salim, 88, meninggal dunia di rumahnya di Ukay Perdana, hari ini, dalam usia tua.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 17:44 setelah tenat sejak awal semalam sehingga terpaksa memakai alat bantuan pernafasan.

“Dukacita saya maklumkan Tan Sri SM Salim sudah meninggal dunia pada pukul 5.44 petang,” kata seorang wakil keluarga allahyarham kepada Bernama melalui mesej WhatsApp.

Semalam, saudara terdekat dan rakan-rakan Allahyarham tiba di kediaman Allahyarham untuk membaca Yasin selepas beliau dilaporkan berada dalam keadaan tenat.

SM Salim, atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kerjayanya sebagai penyanyi lagu klasik Melayu pada tahun 1950.

Beliau menjadi lumpuh kerana gangguan saraf dan telah menggunakan kerusi roda sejak 17 tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here