Negara dengan teknologi yang canggih belum pasti disukai oleh ramai orang. Oleh itu, ramai orang menganggap negara dengan teknologi yang canggih lebih-lebih lagi dalam bidang ketenteraan, difikirkan boleh mengakibatkan kekacauan yang memberi kesan kepada seluruh manusia di bumi ini.

Bukan itu sahaja, negara yang mengutamakan kepentingan sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dan keamanan negara lain boleh menimbulkan kemarahan masyarakat dunia. Jadi, tidak hairanlah jika negara dengan ciri-ciri seperti itu menjadikan mereka sebagai negara paling dibenci di dunia.

Justeru, negara manakah yang paling ramai dibenci orang? Di bawah ini senarai negara paling tidak disukai di dunia disebabkan selalu mengganggu keamanan dunia dan memiliki senjata penghancur besar-besaran.

5. Korea Utara

Korea Utara termasuk negara yang paling dibenci di dunia kerana pemerintahnya yang mengamalkan kuku besi. Bahkan, Korea Utara sering membuat kekecohan dengan mengugut akan melancarkan peluru berpandu nuklear ke AS sebagai isyarat perang. Selain itu, Korea Utara sangat tertutup dari negara luar, sehingga bukan sembarangan orang boleh memasuki Korea Utara.

4. China

Salah satu sebab mengapa China juga dibenci ramai orang kerana negara ini terkenal dengan dasar biaya eksport yang sangat rendah ke beberapa negara. Produk dengan kos murah itu yang termasuk makanan dan barang boleh mengancam keselamatan nyawa.

Selain itu, China terkenal suka menghasilkan barang-barang tiruan. Di China juga banyak kilang-kilang yang menyumbangkan pencemaran terbesar di dunia.

3. Israel

Majoriti  penduduk dunia tidak menyukai negara haram Israel, terutama warga Muslim. Ini adalah kerana Israel menindas penduduk Palestin sejak sekian lama dan menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh, termasuk anak-anak dan perempuan.

2. Rusia

Rusia antara negara kuasa besar yang memiliki kekuatan militer yang sangat kuat, termasuk mempunyai banyak peluru berpandu nuklear antara benua. Rusia bertanggungjawab atas penghancuran agama sendiri, budaya, dan juga rasuah.

Selain itu Rusia sekarang terlibat dalam konflik di Syria. Rusia juga bertanggungjawab atas banyaknya nyawa rakyat Syria yang terkorban.

1. Amerika Syarikat

Ramai orang membenci Amerika Syarikat kerana mereka dianggap dalang di sebalik peperangan yang pernah terjadi di Iran, Afghanistan dan di Libya. Selain itu, AS dinggap suka masuk campur dalam urusan negara lain, bahkan mengaut kekayaan negara lain dan membawa pulang hasilnya untuk negara sendiri.

Lebih-lebih lagi presiden baru AS sekarang adalah Donald Trump yang bukan sahaja dibenci oleh rakyatnya sendiri, malah dibenci oleh orang islam di serata dunia kerana sikap anti-islam yang tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here