Ular tedung dikenali sebagai ular yang sangat berbisa. Satu gigitan saja dapat membunuh orang dewasa dalam masa beberapa minit. Namun, bagaimana pula jika ada orang yang dipatuk ular tedung, tetapi ular tedung yang matinya.

Kejadian ini menimpa seorang kanak-kanak berumur 12 tahun bernama Jake Taylor. Ketika sedang bercuti, Jake yang sepatutnya berseronok bersama keluarga berakhir dengan tragedi. Ketika sedang berehat, seekor ular tedung berbisa menggigit bahu Jake.

Dipetik dari laman mirror.co.uk, peristiwa tersebut berlaku saat Jake dan keluarga sedang bercuti di sebuah resort Northern Zululand, di Afrika Selatan. “Dia sedang tidur, tiba-tiba terbangun kerana merasa sakit pada bahagian bahunya, setelah itu dia melihat ular sedang berada dekat tangannya,” ujar Leila, ibu Jake.

Jake menjerit dan berlari mendapatkan pertolongan dari keluarganya sebelum dikejarkan ke hospital.


(Foto: mirror.co.uk)

Doktor meminta Jake berehat dalam lima hari untuk membuat pemeriksaan sama ada terdapat kesan yang berbahaya setelah mendapat gigitan ular kerana ular yang menggigit Jake bukan sembarang ular, melainkan ular tedung jenis Mozambique.

Ular jenis ini biasanya memberi kesan melemahkan sitem saraf tubuh mangsa, bahkan boleh mengakihir mangsa dengan kematian. Namun, kali ini Jake yang beruntung.

Ini kerana ular tersebut yang mati selepas mengigit Jake. Ular tersebut telah dimasukkan ke dalam balang dan dipelihara untuk diperiksa penyebab ular mati.

Jake kini berada dalam keadaan sihat, dia mengatakan perkara ini perlu diceritakan kepada rakan-rakannya. Jake bangga kerana telah berjaya mengalahkan ular tedung tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here