(Foto: Gold Coast and Brisbane Snake Catcher)

Penangkap ular di Australia telah menyelamatkan seekor ular sawa dari ratusan kutu babi.

Reptilia yang dipercayai berada dalam kesakitan itu dihinggapi oleh parasit itu dijumpai di kolam renang di Gold Coast, Queensland. Seorang
penangkap ular profesional kemudian melepaskan ular itu dan membawanya untuk dirawat di klinik haiwan liar.

(Foto:
Gold Coast and Brisbane Snake Catcher)
(Foto:
Gold Coast and Brisbane Snake Catcher)
(Foto:
Gold Coast and Brisbane Snake Catcher)

Foto:
Gold Coast and Brisbane Snake Catcher

“Doktor haiwan membuang lebih dari 500 kutu,” kata
penangkap ular Tony Harrison seperti dipetik di BBC, Jumaat (11/1/2018). “Reptilia itu diharapkan pulih”.

Pekerja Gold Coast dan Brisbane Snake Catchers, Harrison mengatakan beliau percaya ular sawa bernama Nike sedang cuba menenggelamkan kutu di kolam. Tetapi usahanya tidak berguna.

“Jelas, (ular) dilihat sangat tidak selesa, dan seluruh wajah bengkak dan menggelembung, reptilia itu benar-benar menderita oleh kutu yang membiak dengannya,” kata Harrison.

Harrison mengatakan melepaskan kutu dari ular itu seperti “memegang guli-guli yang bergerak di bawah tangan”. Buat meremang bulu roma!

Ular sering dihinggapi sejumlah kecil kutu atau parasit di alam liar, kata Profesor Bryan Fry dari University of Queensland. Tetapi kehadiran dalam jumlah besar menunjukkan bahwa ular itu kemungkinan memiliki penyakit lain, katanya, mungkin kerana stres panas atau ia berada dalam keadaan kekeringan.

“Jelas sekali ia adalah haiwan yang sangat tidak sihat kerana ia mempunyai pertahanan semula jadi yang begitu bermasalah,” kata Profesor Madya Fry.

“Saya ragu-ragu bahawa reptilia boleh terus hidup jika ia tidak dipindahkan dan mendapatkan rawatan.”

Harrison kemudian berkata bahawa ular sawa bernama Nike mempunyai jangkitan, walaupun ia kini dalam keadaan “baik”.

“Nike hari ini agak lebih tangkas,” kata Harrison dalam video yang dikongsi di laman Facebook Gold Coast dan Brisbane Snake Catcher.

“(Tetapi) ia akan menjadi pesakit jangka panjang (di Sanctuary Liar Currumbin) sehingga ia cukup sihat untuk dibebaskan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here