Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke IPK Johor Bahru bagi menitahkan polis untuk melepaskan Mat Tere, atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharom, 29.

Mat Tere sepatutnya dilanjutkan tahan reman setelah menderima perintah tahanan reman oleh Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 9 Februari lepas sebelum dihantar pulang ke Kelantan.

Menurut johorsoutherntigers.com.my, baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah menjadi mangsa oleh individu-individu yang tertentu disebabkan oleh agenda politik.

Baginda mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana menjaga rakyat dengan baik dan meminta berwaspada terhadap individu dengan niat untuk memecahbelahkan rakyat. 


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here