(Foto: ilmfeed.com)

Saya mengambil sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah rendah Islam yang berpusat di London ke Old Trafford Manchester untuk menonton perlawanan Manchester United.

Perlawanan itu bermula pada pukul 12.30 malam tetapi kami sampai di stadium pada jam 12.28 malam.

Walau bagaimanapun, penjaga di pintu masuk enggan membenarkan kami memasuki disebabkan saiz beg yang dibawa oleh murid. Mereka mula mengarahkan kami ke pejabat yang mengumpul dan menyimpan beg besar sebanyak dengan dikenakan caj sebanyak £5 (RM26) setiap satu.

Semasa saya bercakap dengan mereka, seorang lelaki yang bernama Andrew Bradshaw campur tangan dan berkata kepada saya “Boleh ambil kunci kereta saya dan letakkan semua beg di dalam kereta saya dan kembalikan kunci kereta kepada saya selepas perlawanan”.

Jadi kami berjalan menuju ke kereta BMWnya dan meletakkan semua beg kami di dalam botnya dan akhirnya kami dibenarkan memasuki stadium.

Selepas perlawanan kami kembali ke keretanya di mana kami dapati Encik Bradshaw, isterinya dan anaknya menunggu. Pelajar-pelajar memberi ucapan terima kasih kepada Encik Bradshaw dan kebaikannya tidak berakhir di situ saja.

Dia memberikan hadiah kepada semua murid dengan cawan dan majalah Manchester United dan bertanya siapa pelajar paling bijak di sini?

Seorang gadis mengangkat tangannya dan berkata, “Saya”.

Dia memberikan gadis itu wang sebanyak £70 (RM370) untuk dibahagikan bersama pelajar-pelajar lain.

Pelajar-pelajar berasa sangat gembira dapat bertemu dengan orang yang baik dan kami menangkap gambar bersama dia dan isterinya.

Pelajaran yang saya ambil dari ini adalah, bilakah saya pernah terfikir untuk membuka but kereta saya dan menyerahkan kunci kereta
yang sangat mewah kepada orang asing? Saya berfikir sendirian, setiap kali saya melakukan sesuatu demi kemanusiaan dan merasa senang mengenainya, selalu akan ada orang lain yang melakukan lebih banyak lagi.

Kisah diterjemah dari ilmfeed.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here