Artis terkenal Hollywood, Lindsay Lohan, baru-baru ini meluahkan rasa takutnya untuk kembali ke AS kerana minatnya terhadap agama Islam.

“Saya takut datang ke sini (New York) dengan segala sesuatu yang terjadi kerana kepercayaan peribadi saya,” kata Lohan kepada Daily Mail saat berbicara mengenai perjalannya di Timur Tengah untuk mempelajari Islam

Dasar Presiden AS Donald Trump yang tidak membenarkan pendatang dan pelarian dari tujuh negara Islam menyebabkan artis berusia 30 tahun itu bimbang untuk balik ke negara asalnnya.

Dalam beberapa bulan akhir-akhir ini, Lohan telah mengunjungi beberapa negara Timur Tengah. Beliau juga turut menyertai sukarelawan untuk para pelarian, dan juga berjumpa dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. Disebabkan perkara itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon filem Mean Girls itu telah memeluk Islam.

Walaupun telah banyak mempelajari mengenai Islam dan Al-Quran, Lohan mengatakan bahawa dirinya belum memeluk Islam.

“Ia adalah satu proses untuk pindah apa sahaja. Saya menghormati semua agama, (Islam) itu adalah agama yang indah dan saya orang yang spiritual,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here