(Foto hiasan: theasianparent.com)

PUDUPALAYAM – Seorang ibu muda di Negeri Tamil Nadu, India, dilaporkan terbunuh selepas cuba melahirkan di rumah.

Daily Mirror melaporkan Jumaat (27/7/2018), wanita berusia 28 tahun itu dikenali dengan nama Krithiga.

Dia bercadang untuk melahirkan anak di rumah dan dibantu oleh suaminya dengan hanya bergantung kepada panduan melahirkan anak melalui video di YouTube di Kampung Rathnagiriswarar.

Bagaimanapun, suami yang tidak dikenali itu tidak mempunyai pengalaman perubatan, dan bekerja di sebuah syarikat pakaian.

Polis menjelaskan, dalam kejadian, Krithiga memainkan video bertajuk “Bagaimana Untuk Membantu Wanita Hamil”.

Walau bagaimanapun, dalam video itu tidak dijelaskan apa yang perlu dilakukan apabila plasenta tidak keluar ketika dalam proses melahirkan anak.

Masalah yang hanya boleh dikendalikan oleh pakar perubatan itu menyebabkan pendarahan yang akhirnya mengakibatkan kematian Krithiga.

Seorang jurucakap polis mengatakan: ‘Kontraksi bermula pada 2 petang tetapi dia dibawa ke hospital kerajaan hanya selepas bayi itu dilahirkan.

Jurucakap itu berkata polis akan menyiasat suami Krithiga untuk mengesahkan kronologi kematiannya.

Polis berkata, pasangan itu telah dipengaruhi oleh saudara mara untuk lebih percaya kepada jalan tradisional dan bukannya dunia perubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here