Moon Jae-in, presiden Korea Selatan, dan Kim Jong Un, pemimpin Korea Utara, berjalan bersama di atas karpet merah pada hari Jumaat. (Foto: Inter-Korean Summit Press Corps/Bloomberg News)

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyambut pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un diĀ Garisan Berkecuali Tentera yang memisahkan kedua-dua negara pada hari Jumaat (27/04/2018).

Sebelum berjalan di atas karpet merah ke Peace House di Panmunjom, Kim dan Moon berpegangan tangan sambil berjalan melewati garis sempadan.

Kim menjadi pemimpin Korea Utara yang pertama untuk menjejaki Korea Selatan sejak Perang Korea berakhir.

Tersenyum dan berpegangan tangan, kedua-duanya memulakan bab baru untuk sejarah Korea.

Presiden Korea Utara Kim Jong Un, kiri, dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berjabat tangan selepas mengumumkan Deklarasi Panmunjom.

Masuk ke Peace House, Kim menandatangani buku tetamu, dan menulis sesuatu.

“Sejarah baru bermula sekarang” dan “era keamanan, pada titik permulaan sejarah.” katanya.

Dipetik dari CNN, pertemuan Kim dan Moon akan tertumpu kepada tiga agenda utama, iaitu denuklearisasi di Semenanjung Korea, perdamaian, dan peningkatan hubungan dua hala.

Saat perbincangan di meja bujur bermula, Kim mengatakan ingin menulis lembaran baru dalam hubungan Korea. Di samping itu, beliau menyatakan perasaannya semasa melintasi garisan sempadan.

“Saat berjalan ke sini, saya fikir kenapa sukar mencapai wilayah ini? Ternyata garis pemisah tidak begitu tinggi untuk dilalui. Mudah sekali untuk melalui garis itu,” kata Kim kepada Moon, dan pegawai lain.

Moon memuji keputusan berani Kim untuk duduk bersama berbincang.

Presiden Korea Selatan dan Korea mengambil bahagian dalam upacara menanam pokok di sebelah Garisan Berkecuali Tentera yang membentuk sempadan antara kedua Korea. (Foto: CNN)

“Selama tujuh dekad terakhir, kita tidak dapat berkomunikasi, jadi saya fikir kita boleh bercakap sepanjang hari ini”, kata Moon, disambut tawa dari Kim.

Dalam pertemuan itu, Kim Jong Un didampingi adiknya, Kim Yo Jong, yang juga mengetuai delegasi Korea Utara ke Olimpik Pyeongchang 2018 pada Februari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here