(Foto: Umit Bektas/REUTERS)

DAMASCUS – Pasukan Turki dan Free Syrian Army (FSA) akan berperang melawan pasukan Syria di Afrin.

Ini berlaku selepas Kerajaan Syria mencapai persetujuan dengan pemberontak Kurdish mengenai kerjasama mengusir tentera Turki yang menyerang wilayah Afrin.

Sebagai tindak balas kepada perjanjian itu, kerajaan Turki menegaskan tentera bersedia untuk berperang melawan askar Syria jika mereka masuk Afrin.

Gerila Unit Perlindungan Kurdis (YPG) mendakwa telah mencapai persetujuan dengan membenarkan tentera kerajaan Syria memasuki Afrin berhampiran sempadan Turki. Ia disebabkan selepas kekalahan YPG menghadapi serangan besar-besaran Turki yang disokong FSA, sebuah kumpulan gerila pro-Ankara.

“Kami menyambut pasukan kerajaan Syria untuk mempertahankan Syria bersatu,” kata jurucakap YPG, Nuri Mahmoud kepada Al Jazeera. Dengan cara itu, tentera Turki dapat bersemuka dengan tentera Syria di rantau ini.

Turki dan FSA bulan lepas melancarkan serangan udara dan operasi darat ke Afrin untuk mengusir gerila Kurdish. Ankara mahu mewujudkan “buffer zone” di sempadan selatan. Ankara menganggap YPG yang mengawal Afrin sebagai organisasi pengganas.

“Tentera Syria belum tiba lagi. Kami menyeru tentera Syria untuk melindungi Afrin kerana kami sukakan Syria bersatu,” kata Mahmoud.

“Kami mengatakan ini kerana komuniti antarabangsa menganggap kepimpinan Syria sebagai kerajaan yang baik dan kami menyeru tentera Syria untuk melindungi wilayahnya,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kanan Kurdish di Syria utara, Badran Jia Kurd, berkata pasukan tentera Syria akan ditempatkan di beberapa pos sempadan.

“Kami akan bekerjasama dengan tentera Syria untuk membantu mengatasi jenayah kejam dan kebisuan masyarakat antarabangsa (serangan Turki ke Syria utara),” kata Jia Kurd.

Sebenarnya, tentera Turki telah memulakan campur tangan langsung di utara Syria pada bulan Ogos 2016. Mereka membantu gerila Syria untuk mengusir ISIS dari sempadan Turki. Mereka juga menghentikan hubungan YPG dengan Afrin supaya tidak bergerak jauh ke Timur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here