PETALING JAYA, 19 Feb – Siti Aishah, salah sorang daripada dua wanita yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam, fikir dia menyertai “prank” apabila dia menerkup kepala mangsa dengan kain mengandungi cecair beracun, dedah polis Indonesia.

Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian, berkata, Siti Aishah tidak menyedari ia adalah satu percubaan pembunuhan oleh agen asing, lapor CNN Indonesia.

Tito berkata wanita itu mendedahkan dia telah diberikan AS$100 (RM445.80) untuk kerja itu.

“Dia tidak menyedari ia adalah satu percubaan pembunuhan oleh agen-agen asing yang didakwa,” kata Tito.

“Dia telah digunakan tetapi dia tidak tahu untuk apa ia.”

Sementara itu, menurut pemerhati neurosains, Wawan Mulyawan, tetrodotoxin atau racun ikan buntal boleh jadi bahan kimia digunakan yang menyebabkan kematian Jong-nam ini.

Wawan berkata tetrodotoxin membunuh lebih cepat daripada racun sianida dan merupakan bahan yang popular digunakan dalam kes-kes pembunuhan di Indonesia.

Ia hanya memerlukan sedikit dos untuk menghasilkan bisa yang boleh membunuh. Jika berat Jong-nam ialah 80kg, dos yang boleh membawa maut adalah kira-kira 100mg.

Beliau berkata tiada penawar ditemui untuk menyembuhkan mereka yang diracuni oleh tetrodotoxin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here