Pasukan elit khas Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Al-Ajrab, yang ditubuhkan sejak 2015. (Foto: Twitter Hasan Sajwani)

RIYADH – Seramai 11 orang putera Saudi kembali ditahan pemerintah Arab Saudi. Kali ini, penahanan telah dijalankan kerana putera-putera tersebut dilaporkan telah memprotes dasar baru kerajaan.

Proses penangkapan dan penahanan putera-putera tersebut dilakukan oleh unit khas yang di bawah Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Al-Ajrab.

Pasukan elit itu terdiri daripada 5,000 anggota dari pelbagai peringkat dan telah berpengalaman dalam beberapa operasi ketenteraan.

Pasukan ini dibentuk oleh putera mahkota sejak dilantik secara rasmi pada tahun 2015.

Dasar yang ditentang putera-putera itu adalah berkaitan penghapusan subsidi untuk bil air dan elektrik terhadap bangsawan kerajaan Saudi. Dasar itu dikeluarkan oleh kerajaan Saudi pada awal tahun ini.

“Sebanyak 11 orang putera berkumpul di depan istana Qasr al-Hokm pada Khamis (4/1/2018). Mereka menolak perintah kerajaan yang menghentikan pembayaran oleh negara untuk bil air dan elektrik mereka,” tulis pernyataan Peguam Negara Saud al-Mojeb, pada Sabtu (6/1/2018).

“Walaupun telah dinyatakan bahawa tuntutan mereka tidak sah, putera-putera tersebut tetap menolak meninggalkan kawasan, mengganggu ketenteraman awam,” tambah Mojeb seperti dipetik dari Arab News, Isnin (8/1/2018).

(Foto: ndtv.com)

Putera-putera itu juga menghadapi pertuduhan lain dan ditahan di penjara Al-Hayer, di selatan Riyadh.

Kerajaan Arab Saudi pada 1 Januari 2018 mengenakan kenaikan cukai nilai tambah sebanyak lima peratus bagi kebanyakan barangan dan perkhidmatan. Ia juga menamatkan dasar bebas cukai yang telah berlangsung selama beberapa dekad.

Awal November 2017 lalu, kerajaan Arab Saudi juga melakukan penangkapan besar-besaran terhadap sejumlah putera dan pegawai kerajaan atas tuduhan terlibat dengan rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here