Patriark Gereja Ortodoks Yunani di Jerusalem, Theophilos III. (Foto: Middle East Monitor)

Kristian Palestin pada hari Sabtu (6/1/2018), menyerang sebuah kereta yang dipandu oleh Patriark Gereja Ortodoks Yunani di Jerusalem semasa lawatan ke Tebing Barat.

Serangan ini berlaku sebagai satu bentuk bantahan rakyat terhadap keputusan gereja untuk menjual tanah itu kepada sekumpulan warga Yahudi.

Gereja Ortodoks Yunani adalah salah satu daripada pemilik tanah yang paling luas di Jerusalem dan sebelum ini usaha untuk menjual asetnya kepada sektor swasta telah mencetuskan kontroversi antara kedua-dua rakyat Palestin dan Israel.

Ratusan orang Palestin menyekat konvoi Patriark Theophilos III ketika mereka menuju ke sebuah gereja di Bethlehem untuk menghadiri himpunan Krismas Ortodoks.

Berteriak dan memanggil Theophilos sebagai pengkhianat, penduduk melemparkan batu ke arah kereta pengiring sebelum pasukan keselamatan Palestin meleraikan demonstrasi tersebut.

Tiga kereta mengikuti rombongan itu telah pecah cermin, namun kereta Patriark Theophilos III tidak mengalami kerosakan walaupun sedikit.

“Apa yang berlaku hari ini merupakan mesej kepada Pihak Berkuasa Palestin dan Jordan bahawa kami tidak membenarkan pengkhianat ini masuk ke gereja,” ujar Elyeef Sayegh, seorang penunjuk perasaan.

Media massa Israel telah melaporkan wujudnya perjanjian kontroversi, termasuk masalah pemilikan di Barat dan Timur Jerusalem, termasuk bandar-bandar pelabuhan di Caesarea dan Jaffa.

Media massa tempatan mengatakan sekumpulan pelabur Yahudi dan Israel menjadi pembeli yang berpotensi.

Sementara itu, pegawai Gereja Ortodoks Yunani berkata mereka terpaksa menjual tanah itu untuk membayar hutang-hutang yang terkumpul selama bertahun-tahun.

Sehingga saat ini gereja telah menyewakan tanah tersebut kepada penduduk dalam kontrak jangka panjang.

Sejumlah ahli parlimen Israel cuba menghalang perjanjian itu kerana bimbang akan kenaikan harga hartanah.

Manakala penduduk Palestin menentang penjualan tanah kepada pengusaha Israel dan Yahudi kerana menganggapnya sebagai pengkhianatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here