Jika bercakap soal tempat misteri yang paling banyak memakan korban nyawa, mesti jawapannya adalah Segitiga Bermuda. Disebabkan itulah, Segitiga Bermuda masih lagi dipanggil sebagai tempat paling misteri yang sampai saat ini belum dapat diselesaikan.

Sudah tidak terkira lagi bilangan pesawat dan kapal yang hilang secara misteri di wilayah yang juga dikenali sebagai Segitiga Syaitan ini. Kerana belum ada penjelasan saintifik yang pasti mengenai Segitiga Bermuda, muncullah teori-teori konspirasi. Seperti adanya makhluk asing, makhluk legenda, atau kerana keadaan cuaca di sana yang selalu buruk.

Ini beberapa fakta-fakta tersembunyi mengenai Segitiga Bermuda ini yang jarang diketahui. Di bawah ulasannya.

1. Segitiga Bermuda Sangat Besar


Wilayah Segitiga Bermuda bukanlah kecil. Luasnya sahaja mencapai 1.5 juta batu persegi yang membentuk garis segitiga antara daerah Bermuda di bahagian utara, daerah Puerto Rico di selatan, dan Miami di bahagian barat. Jadi, tidak pelik jika banyak kapal dan pesawat yang jarang keluar dengan selamat di kawasan tersebut.

2. Tidak Ada serpihan-serpihan


Apabila ada kapal atau pesawat mengalami kemalangan di kawasan Segitiga Bermuda, serpihan-serpihannya tidak pernah dijumpai. Anehnya lagi, kapal atau pesawat yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan lagi. Ke manakah menghilangnya?

3. Kemalangan Juga Boleh Berlaku Berhampiran Segitiga Bermuda

Ramai yang beranggapan jika kemalangan hanya boleh berlaku jika sudah memasuki wilayah Segitiga Bermuda. Namun anggapan itu salah, faktanya kemalangan pesawat atau kapal tetap boleh terjadi di dearah perairan dekat Segitiga Bermuda.

4. Orang Pertama Menemui Segitiga Bermuda

Christopher Columbus, penemu benua Amerika, dilaporkan menjadi orang pertama kali yang mencari perkara-perkara pelik berlaku di wilayah Segitiga Bermuda. Dalam sebuah jurnal, beliau ada mengatakan meyaksikan bola api di langit, dan kompas kapalnya tidak berfungsi ketika berada di Segitiga Bermuda.

5. Dipercayai Ada Saja Korban Berlaku Setiap Tahun Di Segitiga Bermuda 

Setiap tahun, ada lebih kurang empat pesawat dan 20 kapal yang hilang tanpa dapat dikesan di Segitiga Bermuda. Itu bermakna dalam 100 tahun terakhir ini, Segitiga Bermuda telah menelan ribuan korban nyawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here