Sementara ramai orang tua yang ingin mempunyai anak, ada juga segelintir orang tua yang sanggup membuang bayinya sendiri yang baru lahir dan ditinggalkan hingga mati. Namun, ada juga kejaiban berlaku kepada bayi yang dibuang oleh orang ibunya sendiri mungkin disebabkan mereka tidak berdosa.

Seperti Aidin, bayi yang dilahirkan di Thailand ini masih lagi hidup walaupun telah ditikam sebanyak 14 kali dan ditanam hidup-hidup tanpa secebis kasihan.

Aidin yang baru berusia beberapa hari dijumpai oleh seorang lelaki penggembala lembu yang melihat kaki kecilnya terkeluar dari timbusan tanah di Khon Kaen. Ditubuh terdapat banyak luka yang disyaki disebabkan oleh pisau.

Lantas lelaki tersebut berusaha untuk tidak panik dan terus menolong sang bayi. Aidin kemudian akan dihantar ke hospital untuk rawatan.

(Foto: Daily Mail)

Ajaibnya, doktor kemudian mengatakan tanah menekan tubuhnya dan membuat Aidin tidak kehabisan darah. Melihat kesan luka yang berada pada tubuh Aidin, doktor mengesyaki Aidin telah didera oleh orang tuanya.

Polis menjumpai jejak kaki dan kesan tayar motor pada lokasi tempat Aidin dijumpai dan berjaya mengesan pelaku yang sanggup membuang Aidin. Kini orang tua Aidin telah diberkas dan juga telah didakwa kerana perbuatannya.

Selepas dihantar ke rumah yatim Kaen Thong dan dirawat, Aidin kini dalam keadaan sihat dan diambil sebagai anak angkat oleh pasangan yang berasal dari Sweden.


Sumber: Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here