Setiap pemimpin negara mempunyai polisi yang berbeza. Ada sesetengah yang menggunakan segala kuasa mereka untuk berbakti kepada rakyat, dan ada juga yang melakukan sebaliknya.

Pada tahap yang tertentu, kita boleh nilai sendiri dengan melihat bagaimana Presiden atau rombongan Perdana Menteri mengiringi pemimpin di jalan raya. Apabila berlaku keadaan ini, biasanya pengiring akan memastikan bahawa anda berhenti sehingga rombongan mereka lalu.

Namun, lain pula situasinya di Jepun.

Sebuah video tersebar menunjukkan bagaimana pengiring Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, membuka tingkap sebagai isyarat untuk meminta jalan dan menunjukkan rasa hormat dan terima kasih kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Video yang viral di laman sosial itu mengejutkan ramai orang di seluruh dunia. Saksikan video di bawah:

Rombongan rasmi itu tidak lebih daripada lima kereta dan tidak menyebabkan trafik terhenti. Tidak seperti apa yang kita biasa lihat, pengguna jalan raya diminta untuk bergerak ketepi jalan atau memberhentikan kenderaan mereka, hanya semata-mata untuk memberi ruang kepada VIP di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.

Tidakkah lebih baik jika orang kenamaan dan ahli politik kita mencontohi sikap Perdana Menteri Jepun ini di jalan raya sekurang-kurangnya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here