(Foto: AP/Lee Jin-man)

WASHINGTON – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata, Amerika Syarikat perlu sedar bahawa kekuatan nuklear negara itu kini menjadi kenyataan, bukan ancaman.

“Amerika Syarikat perlu mengambil ini bukan sebagai ugutan tetapi ianya realiti.

“Tidak kira macam mana Amerika Syarikat ingin menyerang Korea Utara dengan kepelbagaian dan kekuatan nuklear, mereka juga tahu kita mempunyai kuasa nuklear yang lebih hebat, justeru mereka tidak akan berani,” katanya seperti dipetik dari CNN.

Beliau berkata negara itu telah mencapai kejayaan bersejarah “melengkapkan” nuklearnya dan menambah bahawa beliau mempunyai “butang nuklear” di atas mejanya.

Beliau berkata negara itu adalah “sebuah negara nuklear yang bertanggungjawab yang mencintai keamanan.”

Beliau juga berkata bahawa “selagi tidak ada pencerobohan terhadap” Korea Utara, ia tidak “tidak bermaksud menggunakan kuasa nuklear.”

Ucapan tahun baru itu disiarkan pada pagi Isnin di siaran televisyen Korea Utara.

Selepas ujian peluru berpandu gagal tahun lepas, Korea Utara telah melakukan lebih daripada 20 pelancaran peluru berpandu sejak Trump menjadi presiden.

Korea Utara juga menguji apa yang dikatakan sebagai bom hidrogen Рletupan bawah tanah yang begitu besar sehingga Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan berlaku gegaran berukuran 6.3 magnitud, 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding ujian yang dijalankan sebelum ini.

Kemudian pada akhir bulan November, Korea Utara menguji peluru berpandu antara benua baru serta mengesahkan semua tanah besar AS berada di dalam jarak serangan.

Persoalannya ialah sama ada Korea Utara akan melakukan lebih banyak ujian sehingga ia dapat menggunakan misil jarak jauh baru, dan sama ada ia akan meletupkan senjata nuklear di Pasifik untuk menunjukkan keupayaannya. Itu akan meningkatkan peluang perang.

Rex Tillerson berkata pada Disember beliau berharap sekatan terhadap Korea Utara akan membuatkannya membuka ruang untuk berunding.

“Jika tidak, kita tidak perlu melakukan ini,” kata Tillerson mengenai semua tekanan terhadap Korea Utara. “Kami hanya pergi terus kepada pilihan ketenteraan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here