(Foto hiasan)

Seorang gadis Rusia bernama Alena Styukhina,15, meninggal ketika melakukan hubungan kelamin dengan teman lelakinya, Boy Artyom Dorogov,22, di dalam kereta.

Remaja itu dipercayai terbunuh kerana terlalu banyak menyedut gas toksik daripada kereta jenis Lada Priora yang diparkir di garaj.

Polis mengatakan kejadian itu berlaku di Kampung Zemetchino, Wilayah Penza, Rusia. Alena, yang tinggal di kampung tetangga, dipercayai bertemu Dorogov ketika melawat saudara-mara.

Ketika kunjungan tersebut, kedua-duanya pergi ke sebuah garaj di mana Dorogov, yang ditegaskan terlibat dalam lumba litar, terus menghidupkan keretanya. Kemudian, ditulah di mana pasangan muda tersebut mula melakukan hubungan kelamin.

Ketika melakukan hubungan kelamin dengan Alena, Dorogov masih tetap menghidupkan enjin keretanya, walaupun pintu garaj ditutup. Alasannya adalah supaya udara di sekeliling mereka tetap hangat.

Kesannya akhirnya membawa maut, ruangan udara di sekitarnya begitu cepat dipenuhi dengan gas karbon monoksida yang berbahaya. Alena dan Dorogov berasa pening. Mereka memutuskan untuk mematikan enjin kereta.

Selepas itu, Dorogov terus keluar dari dalam kereta untuk mencari udara segar, tetapi dia pengsan seketika. Begitu juga Alena, dia tidak sedarkan diri.

Apabila sedar, Dorogov segera keluar dari kereta dan meninggalkan Alena yang masih tidak sedarkan diri. Dorogov pergi terus ke rumah saudaranya dan memberitahunya apa yang telah berlaku.

Mereka memanggil ambulans, tetapi malangnya, nyawa Alena tidak dapat diselamatkan.

Polis yang menangani kes ini telah menahan Dorogov, menuduhnya telah melakukan pembunuhan tanpa sengaja dan melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah umur.

“Mangsa (Alena) berusia di bawah 16 tahun, kemudian suspek (Dorogov) melakukan hubungan kelamin dengannya di kereta Lada Priora.

“Enjin kereta dihidupkan supaya tetap hangat, kemudian pintu garaj ditutup.

“Hasil bedah mayat menunjukkan gadis itu meninggal kerana keracunan karbon monoksida,” kata jurucakap polis, seperti yang dipetik dari Metro, Sabtu (30/12/2017).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here