(Foto: Slate.com)

Ribut, banjir, tanah runtuh, gempa bumi. Sejumlah ribuan orang hanyut akibat bencana alam yang berlaku setiap tahun.

Tiada pengecualian pada 2017, yang juga tidak bebas dari kejadian bencana alam di pelbagai tempat.

Berikut adalah tujuh bencana alam terbesar yang berlaku di luar Malaysia pada tahun 2017.

1. Tanah runtuh di Colombia

Sejumlah askar Colombia bersama penduduk cuba mencari mangsa tanah runtuh yang melanda bandar Mocoa, pada Jumaat (31/3/2017) malam. Bencana itu dipercayai membunuh sekurang-kurangnya 206 penduduk tempatan. (Foto: AFP)

Tanah runtuh melanda bandar Mocoa, Colombia pada petang Jumaat, 31 Mac, 2017. Ini menyebabkan sekurang-kurangnya 254 orang terbunuh, 43 daripada mereka kanak-kanak.

Tanah runtuh di Colombia adalah satu siri bencana sama yang melanda bahagian Pasifik Amerika Selatan pada beberapa bulan sebelumnya.

Bencana sama juga berlaku di Peru dan Ecuador yang mengakibatkan sejumlah penduduk terbunuh.

2. Banjir dan Ribut di Sri Lanka dan India

Peta Sri Lanka

Hujan ribut dan kilat telah melanda Sri Lanka dan India pada Isnin 29 Mei 2017. Sekurang-kurangnya 201 orang terbunuh akibat banjir, tanah runtuh dan taufan di kedua-dua negara.

Banjir yang paling teruk berlaku sejak tahun 2003 itu juga turut memusnahkan pintu masuk ke banyak kampung. Sejumlah 557,500 mangsa dianggarkan terjejas akibat banjir, kebanyakannya bekerja di ladang getah.

Sementara itu, hampir 75,000 penduduk melarikan diri dari rumah mereka.

3. Air Bah di Sierra Leone

Banjir lumpur berlaku selepas hujan lebat menyebabkan sisi gunung di pinggir Freetown, Sierra Leone, runtuh. Tanah dan batu jatuh hanyut menjadi banjir lumpur. (Foto: Getty Images / BBC)

Banjir kilat dan tanah runtuh melanda ibu negara Sierra Leone, Freetown, pada hari Isnin, 14 Ogos 2017.

Bencana yang melanda mengakibatkan sekurang-kurangnya 312 orang mati, sementara lebih daripada 2,000 mangsa terpaksa berpindah.

Namun, ada satu sumber melaporkan jumlah kematian mencapai lebih daripada 600 orang.

Bencana itu disenaraikan sebagai yang terburuk yang melanda Sierra Leone dalam beberapa dekad terakhir ini.

4. Taufan Harvey dan Irma di AS

Gambar edaran yang dikeluarkan NASA. Irma, salah satu ribut Atlantik terkuat dalam abad ini, telah menelan puluhan orang dan menghancurkan penempatan penduduk. (Foto: NASA / HANDOUT)

Bulan Ogos hingga September 2017 lalu menjadi hari di mana cuaca buruk melanda Amerika Syarikat dengan siri badai.

Dua yang dicatat memberikan impak yang besar adalah badai Harvey pada bulan Ogos dan badai Irma yang melanda pada bulan September.

Badai Harvey menyebabkan kerosakan yang paling tinggi di negeri Texas, atau lebih tepat lagi di bandar Houston.

Insiden ini memaksa Presiden Donald Trump untuk mengisytiharkan darurat bencana. Bencana itu disenaraikan sebagai ribut terbesar yang pernah melanda AS.

Selain itu, badai Irma melanda Caribbean, Puerto Rico dan Florida, menyebabkan jutaan penduduk melarikan diri.

Walaupun ia tidak menyebabkan banyak korban, kerugian material dan ekonomi sangat dirasakan oleh penduduk yang terjejas oleh ribut.

Kerugian ekonomi yang dialami Amerika Syarikat akibat ribut Harvey dan Irma dianggarkan 150 bilion hingga 200 bilion dolar AS.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here