(Foto: indiatvnews.com)

Israel sedang berkomunikasi dengan sekurang-kurangnya 10 negara yang kemungkinan akan memindahkan kedutaannya ke Jerusalem selepas Amerika Syarikat mengiktiraf bandar suci sebagai ibu negara Israel.

Kenyataan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar Israel Tzipi Hotovely dalam siaran radio awam Isnin (25/12/2017) waktu tempatan.

“Kami sedang berhubung dengan sekurang-kurangnya 10 negara, sebahagian daripadanya merupakan dari Eropah,” katanya seperti yang dipetik oleh AFP.

Komennya keluar sehari selepas kerajaan Guatemala mengumumkan mahu memindahkan kedutaannya ke Jerusalem.

Hotovely berkata kenyataan Presiden AS Donald Trump akan mencetuskan banyak langkah, termasuk pemindahan wakil diplomat negara ke Jerusalem.

“Setakat ini, kami hanya melihat ini sebagai permulaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama negara yang akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat.

Radio awam memetik seorang diplomat Israel mengatakan negara-negara seperti Honduras, Filipina, Romania dan Sudan Selatan berada dalam barisan negara yang berkemungkinan memindahkan kedutaannya ke Jerusalem, namun masih tidak dapat disahkan kebenarannya.

Seperti yang diketahui, dua pertiga negara anggota PBB minggu lepas meluluskan resolusi yang menolak langkah kontroversi Trump. Resolusi menyatakan bahawa status Jerusalem mesti diselesaikan melalui rundingan.

Pengumuman Trump pada 6 Disember 2017 mencetuskan kemarahan di wilayah Palestin dan seluruh negara Islam.

Senarai negara yang menyokong, menentang, dan berkecuali dalam resolusi Jerusalem. (Foto: NBC News)

Israel melihat seluruh bandar Jerusalem sebagai ibu negara mereka yang tidak dapat dibahagikan lagi. Sedangkan penduduk Palestin melihat wilayah timur Jerusalem itu sebagai ibu negara mereka pada masa hadapan.

Tiada negara sekarang meletakkan kedutaannya di Jerusalem dan memilih meletakkan wakilnya di ibu negara Israel, Tel Aviv.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here