(Foto: newsweek.com)

Bekas Presiden Gambia Yahya Jammeh, pernah mengancam mereka yang cenderung kepada sesama jantina, terutama gay untuk tidak datang ke negaranya, ketika menyandang jawatan Presiden Gambia.

Alasannya, beliau berkata akan memenggal leher pengamal homoseksual jika mereka berani menjejak kaki di sana.

“Sekiranya kamu melakukan perkara seperti itu di Gambia, saya akan memenggal leher kamu.

“Jika kamu seorang lelaki dan mahu berkahwin dengan lelaki lain di negara ini, kami akan menangkap kamu, dan tiada siapa yang akan bertemu dengan anda lagi,” katanya dalam ucapan seperti yang dikutip dari Vice News.

Jammeh yang berusia 52 tahun (kini) memang terkenal kerana lantang menyuarakan anti-gay di negaranya.

Dalam ucapannya, beliau berkata, tidak ada ‘lelaki kulit putih’ yang akan menyelamatkan mereka jika mereka melanggar undang-undang di negaranya.

“Tidak ada orang putih boleh berbuat apa-apa jika itu berlaku,” katanya menerusi akhbar Daily Mail yang merujuk kepada Kesatuan Eropah dan Amerika.

(Foto: thebreakingtimes.com)

Penduduk Gambia hampir 90 peratus Muslim, dan negara ini masih boleh bertahan kerana bantuan dari negara-negara di Timur Tengah.

Sebelum ini, golongan gay yang ditangkap berkahwin atau mempunyai hubungan di Gambia akan dipenjarakan selama 14 tahun.

Walau bagaimanapun, pada akhir bulan November 2014, presiden pemerintah di Gambia sejak berusia 29 tahun ini mula berkempen anti-gay di negaranya dengan memberi hukuman mati untuk pengamal seks sama jenis.

Kini, beliau telah meninggalkan pejabatnya pada 21 Januari 2017 dan digantikan dengan Adama Barrow.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here