Kementerian Luar Korea Utara pada Ahad meminta Duta Malaysia meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam, agensi berita Xinhua melaporkan. (Reuters)

Setelah dua hari Malaysia mengisytiharkan diplomat Korea Utara, Kang Chol, persona non grata, Pyongyang semalam turut mengumumkan Duta Besar Malaysia ke Pyongyang sebagai persona non grata, dan menuntut diplomat meninggalkan negara itu.

Kementerian Luar Korea Utara pada Ahad meminta Duta Malaysia meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam, agensi berita Xinhua melaporkan.


Ketegangan semakin meningkat berlaku antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Malaysia sebelum ini mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol, kerana tuduhannya terhadap Kerajaan Malaysia dalam kes pembunuhan Kim.

Sebelum menaiki penerbangan ke Beijing, Kang menyuarakan kekesalan di atas pemecatannya, mengulangi siasatan itu berat sebelah.

Kang menyifatkan pemecatannya sebagai “langkah melampau” yang boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Korea Utara dan Malaysia.

“Mereka telah menjalankan bedah siasat tanpa persetujuan kedutaan Korea Utara dan kemudian menangkap warganegara Korea Utara tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan penglibatan dalam kejadian itu,” kata Kang.

Malaysia awal minggu lalu membatalkan perjanjian bebas visa dengan Pyongyang sebagai tindak balas kepada kritikan Korea Utara yang Kuala Lumpur bersubahat dengan Seoul dalam siasatan pembunuhan Kim.

Terdapat spekulasi bahawa Malaysia sedang mempertimbangkan menghentikan hubungan diplomatik dengan Pyongyang, yang telah dikekalkan selama lebih daripada 40 tahun. 

Malaysia juga telah mengumumkan pada 20 Februari bahawa untuk menarik balik dutanya ke Korea Utara “untuk perundingan”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin berkata negaranya mengusir Kang untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Menurut Najib, Duta Korea Utara sepatutnya memohon maaf kerana membuat dakwaan tidak berasas terhadap Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here