Raja Arab Saudi ketujuh, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud, tengah jadi perbincangan awam kerana kedatangannya ke Malaysia minggu lalu.

Andai dibandingkan kekayaan Raja Salman dengan Bill Gates, agaknya yang mana lagi kaya? Jawapannya sudah pasti Bill Gates, kerana pengasas Microsoft itu sudah menyandang gelar sebagai orang terkaya di dunia berturut-turut dalam beberapa tahun terakhir ini.

Menurut data Forbes, kekayaan terakhir Bill Gates tercatat sebesar US$85.7 bilion atau sekitar RM381 bilion.

Manakala Raja Salman, kekayaannya hanya US $ 17 bilion atau sekitar RM75.616 bilion. Ini bermakna kekayaan Bill Gates lima kali ganda lebih besar berbanding Raja Salman.

Bill Gates lebih kaya jika dibandingkan kekayaan secara individu. Tapi jika keluarga, Bill Gates kalah dengan keluarga Kerajaan Arab Saudi.

Keluarga Kerajaan Arab Saudi mempunyai kekayaan kira-kira US$ 1.4 trilion atau kira-kira RM6.2 trilion.

Kaya betul bukan keluarga Kerajaan Arab Saudi, wang RM6.2 trilion agak-agak apa pun boleh beli kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here