Haiwan raksasa yang jarang didapati telah dijumpai di dasar laut Tasmania, Australia. Haiwan ini mempunyai bentuk yang agak aneh dan menakutkan, tubuh raksasanya memanjang seperti paip. Jadi, jenis apakah haiwan ini tergolong?

Spesies haiwan raksasa berbentuk paip ini dijumpai oleh para penyelam. Mereka mengatakan bentuk dari haiwan ini seperti sebuah paip raksasa yang dan diberi nama pyrosome.

Ternyata bukan setakat bentuknya yang unik, tubuhnya juga boleh bertukar warna. Pyrosome boleh bertukar dari putih menjadi biru-kehijauan yang menyala terang apabila dihampiri makhluk lain.

“Pyrosome Ini sebenarnya gabungan ribuan hidupan kecil yang membiak dengan individu-individu yang boleh mewujudkan koloni mereka sendiri,” kata ahli biologi laut, Rebecca Halm.

Rebecca juga menjelaskan haiwan yang menghisap zarah-zarah dalam air ini akan terus berkembang setiap harinya bergantung individu yang terus membiak.

Panjang haiwan ini boleh mencapai lebih dari 12 meter dan biasa hidup di kedalaman 500 hingga 700 meter di bawah permukaan laut.

Jom lihat rakaman psyrosome yang ditemui di laut Filipina ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here