(Foto: Al Arabiya)

Putera Mansour bin Muqrin yang berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Asir, Arab Saudi, sedang keluar bersama beberapa pegawai lain apabila helikopter yang mereka naiki terhempas pada 5 November 2017.

Helikopter yang dinaikinya kemalangan di rantau Asir berhampiran sempadan Yaman, laporan saluran televisyen Al-Ikhbariya.

Punca kemalangan sehingga kini tidak diketahui.

Sesetengah sumber mengatakan helikopter itu dinaiki oleh lapan orang. Pada pagi Ahad, putera itu berhasrat untuk memeriksa projek al-Saida al-Sawalha Center.

Berita kemalangan itu menyusul selepas ramai pemimpin tertinggi negara itu termasuk putera, menteri, dan jutawan ditangkap selepas Putera Mohammed bin Salman mengambil alih kuasa pemerintahan.

Dipetik dari Al-Arabiya, Isnin (6/11/2017), sebuah video berdurasi 30 saat menunjukkan aktiviti Putera Mansour sebelum dia menaiki helikopter yang membunuhnya.

Berikut adalah video detik terakhir putera sebelum kemalangan:

Putera itu memulakan harinya dengan melakukan pemeriksaan yang panjang di beberapa lokasi. Video tersebut menunjukkan putera mendengar penjelasan kawasan yang akan diperiksa.

Lokasi rakaman berlaku di dalam bas yang membawa Putera Mansour ke helikopter.

Putera Mansour melawat beberapa lokasi di Asir sebelum menaiki sebuah helikopter.

Video terakhir itu menunjukkan saat putera dan beberapa pegawai lain ketika berada di dalam bas ketika melintasi pantai Tihama di wilayah Asir. Rakaman itu menunjukkan beberapa pegawai di kawasan itu bertanya tentang butiran tapak, pokok, dan pelbagai topik lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here