Satu peristiwa mengejutkan berlaku di bandar Visakhapatnam, India selatan.

Seorang pemandu lori mabuk merogol seorang wanita di laluan jalan kaki yang dilalui oleh orang ramai. Malangnya, orang yang lalu lalang tidak cuba menghalang dan menangkap perogol itu.

Polis kemudian datang ke tempat kejadian, tetapi pemandu lori yang bernama Ganji Shiva itu sudah melarikan diri.

Polis akhirnya memeriksa kamera CCTV di tempat kejadian. Dengan hasil rakaman CCTV, polis kemudian berjaya menangkap pemandu lori terbabit.

Insiden itu kemudian mendapat banyak kritikan dari netizen, terutamanya apabila perlakuan jenayah yang dirakamkan oleh pemandu lori itu dimuat naik ke ruang siber.

Perkara yang paling mengejutkan ialah tiada siapa yang lalu lalang berani untuk membantu wanita yang malang itu.

Walaupun penjenayah itu berada dalam keadaan mabuk, kemungkinan besar orang ramai boleh menumbangkannya dengan mudah.

Ramai pejalan kaki menghubungi balai polis, namun mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu mangsa.

Polis mengatakan, Shiva memberi ancaman kepada setiap orang yang memandangnya. Kerana itulah orang-orang di sekitar lokasi kejadian seolah-olah membiarkannya berlaku.

Peristiwa menyedihkan ini secara meluas dilaporkan pelbagai media massa India bahkan ke negara jiran, Pakistan.

“Di mana simpati anda, India?” demikian tajuk sebuah blog isu harian Pakistan, The Express Tribune.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here