Bercakap tentang di mana terdapatnya para putera yang kacak-kacak, pasti terus terbayang Arab Saudi. Benar, memang putera-putera Arab terkenal dengan ketampanannya, tapi jangan lihat yang jauh dulu, di negara jiran Brunei Darussalam juga ada putera yang agak tampan.

Beliau adalah Pengiran Muda Abdul Mateen, anak ke sepuluh Raja Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang kekayaannya tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan Raja Salman. Namun, kali ini bukan bercakap soal kekayaan Raja Brunei, tapi anak lelakinya itu yang digilai ramai gadis.

Pengiran Abdul boleh dikatakan sebagai seorang putera yang serba boleh kerana keupayaan beliau melakukan pelbagai jenis aktiviti fizikal seperti bermain bola, badminton, dan bahkan beliau juga boleh menerbangkan pesawat jet.

Beliau juga merupakan seorang anggota tentera, jadi tidak pelik andai beliau boleh menerbangkan pesawat jet. Selain itu, beliau juga rajin bersukan sehingga tubuhnya berotot dan tegap sasa seperti lelaki sejati.

Pengiran Abdul juga aktif di Instagram dengan akaun @tmski yang sudah mempunyai lebih dari 400 ribu followers.

Berbadan tegap, bertubuh sasa, tambahan seorang putera lagi, jadi tidak hairanlah jika ramai gadis mengidamkan Pengiran Abdul Mateen.

Foto Kredit: Instagram / tmski

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here