Pekerjaan sebagai pemandu treler lazimnya dilakukan oleh lelaki yang kuat, wajah bengis dan berbadan besar. Tetapi sebenarnya pekerjaan sebagai pemandu lori treler ini tidak mustahil dilakukan oleh kaum wanita juga yang lemah lembut.

Di Malaysia, ada seorang wanita yang berkerja sebagai pemandu lori treler. Apa yang boleh mengagumkan adalah wanita tersebut tidak lupa tuntutan agama mengenakan hijab dan pakaian yang labuh ketika bekerja. Kerana hal itulah, sosok wanita itu jadi viral di media sosial Malaysia.

Wanita tersebut adalah Rokiah Salim, 51, yang menjadi perbincangan netizen selepas videonya dimuat naik ke laman Facebook Info Roadblock jpj / polis.

Rokiah, yang membahasakan dirinya sebagai ‘Kak Lori’ berkata memandu treler tidak begitu sukar, tetapi sesetengah wanita mungkin risau tangan mereka kotor terkena minyak.

“Kita boleh dapat sekurang-kurangnya RM4,000. Jika anda rajin anda boleh cecah RM6,000 kepada RM7,000, ” katanya kepada Harian Metro, sambil menambah bahawa beliau telah sebelum ini bekerja di sebuah kilang selama 18 tahun.

“Ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan terdapat banyak jawatan kosong, termasuk sebagai pemandu lori. Cubalah, dan jangan terus bergantung kepada wang ibu bapa anda,” nasihat beliau.

Banyak netizen yang memuji profesion yang diceburi Rokiah sebagai pemandu lori trelar meski beliau seorang wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here