Sangat tidak terkira betapa banyaknya pengorbananan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Kita mungkin tidak tahu bagaimana mereka bersusah payah mencari rezeki siang malam demi memastikan anak-anak dapat tidur lena dan makan mencukupi. Anak-anak ada kalanya tidak menyedari hal ini kerana jarang sekali ibu bapa menunjukkan kepayahan mereka di depan anak-anak.

Ada juga yang fikir sengsara ini biarlah ibu bapa sendiri yang tanggung. Dan ini pula kisah seorang bapa dari Kelantan yang cekal mencari rezeki di bandar walaupun usia telah mencecah 60 tahun. Kisah ini diceritakan oleh Rafiqa Rizqin di Instagram miliknya.

Pakcik ini datang ke KL buat grab, balik 2 minggu sekali ke Kelantan demi menampung perbelanjaan anak yang belajar di Mesir



Selepas viral, rezeki Pakcik ini semakin murah, makin ramai yang mahu guna khidmat grab car beliau.

Buat grabcar bukan hanya menampung perbelanjaan anak belajar semata-mata, namun bagi menyumbangkan dana bagi pusat pengajian tahfiz milik anaknya di Kelantan.

Ada sebab Allah aturkan kita jumpa orang-orang tertentu kan?

Buat mereka yang ibu bapa masih hidup, luangkan sedikit waktu untuk menghubungi mereka bertanya khabar. Tunjukkan bahawa anda menghargai susah payah mereka selama ini dan akan cuba sehabis mungkin bagi membalas budi mereka. Mereka insan yang paling layak menerima kasih sayang daripada anda bukan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here