Jika manusia terkena petir, sudah tentu dalam sekelip mata tubuhnya akan jadi hangus. Tapi apakah yang akan berlaku jika kereta yang tersambar petir?

Kerana petir mengandungi kandungan voltan elektrik yang sangat besar, sudah tentu kereta tersebut akan rosak atau berhenti seketika. Inilah yang terjadi pada kereta yang yang sedang dipandu oleh seorang pengguna jalan raya ini.

Ketika sedang melaju, secara tiba-tiba petir dengan cepat menyambar kereta tersebut. Kereta itu pun kelihatan mengeluarkan asap dan terus berhenti. Mujurlah kesemua penumpang kereta selamat.

Warga yang berada di situ pun terus berkerumun berhampiran kereta yang disambar petir tersebut. Dilaporkan tidak ada yang cedera dalam insiden ini.

Tonton video saat-saat ketika kereta tersebut disambar petir:


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here