Ular sawa adalah sejenis spesies ular yang mampu menelan apa saja yang lebih besar darinya. Tapi kadang kala ular sawa tidak boleh membezakan mana mangsa yang boleh dimakan dan yang tidak boleh. Contohnya landak, yang sudah jelas amat mustahil ditelan oleh seekor ular sawa.

Namun ular sawa yang satu ini seolah-olah ingin menunjukkan kebolehannya dengan cuba menjadikan seekor landak sebagai mangsanya. Jadi apa yang berlaku? Tentu saja yang terakhir bersenang hati adalah landak bukannya ular sawa.

Landak mempunyai duri yang tajam dan keras di permukaan badannya. Tapi entah kenapa ular sawa ini berani menelan landak. Akibatnya, hampir seluruh tubuh ular sawa itu diserang duri landak.

Dalam sebuah video yang dimuat naik pertama kali ke laman eBaum ‘s World, ular sawa itu kelihatan kesakitan kerana seluruh tubuhnya dipenuhi duri landak.

Ia kelihatan seolah-olah ular sawa malang itu cuba membelit seekor landak, dan akibatnya hampir seluruh tubuhnya dipenuhi duri. Sementara landak yang jadi mangsa berjaya melarikan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here