Rusia mendakwa Presiden Syria, Bashar al-Assad, tidak harus dipersalahkan di atas serangan gas beracun di Syria dan berkata mereka akan terus menyokongnya.

Negara-negara Barat, termasuk Amerika Syarikat, menyalahkan angkatan tentera Assad kerana serangan gas saraf jenis sarin di Syria yang paling teruk selama lebih daripada empat tahun, yang menyebabkan banyak kematian di bandar Khan Sheikhoun.

Kerajaan Australia menyokong siasatan sama ada kerajaan Syria bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop, berkata Australia menyokong siasatan oleh PBB ke atas apa yang disifatkan sebagai haram dan ngeri.

Washington berkata mereka percaya kematian itu disebabkan oleh gas saraf jenis sarin yang dijjatuhkan oleh pesawat Syria, manakala Rusia mendakwa serangan udara tentera rejim telah terkena sebuah ‘gudang milik pengganas yang menyimpan senjata kimia’.

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah mencadangkan satu 
draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang meletakkan kesalahan kepada Damsyik tetapi Kementerian Luar Rusia mendakwa resolusi itu ‘tidak boleh diterima’.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Rusia akan membawa kes ini dengan menyalahkan pemberontak kepada PBB.

“Rusia dan angkatan tentera akan meneruskan operasi mereka untuk menyokong operasi anti-pengganas pengganas untuk membebaskan negara ini, ” kata Peskov.

Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan orang awam bergelimpangan di atas tanah, ada yang sawan, dan yang lain tidak bermaya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga berkata simpton yang ditunjukkan oleh mangsa adalah sama seperti orang yang terdedah kepada ejen saraf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here