PETALING JAYA: Pembentangan Rang Undang-Undang persendirian baru-baru ini oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli adalah untuk memberi kuasa kepada mahkamah Syariah dan ia patut dipersetujui oleh semua pihak “pada dasarnya”, kata PKR.

Menurut The Star Online, dalam satu kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata parti itu juga akan menerima pakai cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan bagi membincangkan isu itu.

“Kepimpinan PKR bermesyuarat pada Ahad dan membincangkan pandangan pemimpin kami mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian Abdul Hadi,” kata Shamsul Iskandar.

Khamis lepas, Presiden PAS membentangkan Rang Undang-undang namun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menunda perbahasan kepada sesi yang akan datang pada bulan Julai.

Anwar berkata, Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, kedua-duanya memberikan jaminan bahawa Rang Undang-Undang tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

“Rang undang-undang adalah untuk memberi kuasa mahkamah Syariah dan semua pihak perlu bersetuju dengan ini pada dasarnya,” kata Shamsul Iskandar.

Kepimpinan PKR Pusat akan menerima pakai pendirian Anwar sebagai “dasar parti”.

“Oleh itu, kami menyeru semua ahli-ahli PKR, termasuk Ahli Parlimen mengambil pendirian yang sama,” tambah Ahli Parlimen Bukit Katil.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut menyatakan sokongan terhadap pindaan Rang Undang-Undang 355.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here