Gempa bumi yang berlaku biasanya berpusat dari kedalaman laut yang sangat jauh. Apa yang menakutkan adalah gempa bumi yang berpusat di dasar laut boleh berpotensi menyebabkan tsunami. Namun pernahkah anda saksikan bagaimana keadaan ketika berlaku gempa bumi di dasar laut?

Sekumpulan pasukan penyelam merakam saat-saat menakutkan gempa bumi berlaku di dasar laut di Filipina. Mereka tidak menduga akan digegarkan dengan gempa bumi di dasar laut saat sedang menyelam.

Dipetik The Telegraph, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter itu terjadi pada hari Sabtu (8/4) dua minggu lepas. Para pegawai tempatan berkata gempa bumi itu menggegarkan beberapa wilayah di Filipina, termasuk bandar Mabini dan juga Manila.

Orang-orang bergegas keluar dari bangunan, pesakit akan dipindahkan dari hospital, dan 
lebih beratus-ratus penduduk memilih lari ke tempat yang lebih tinggi  kerana takut jika berlaku tsunami.

Beberapa bangunan dilaporkan mengalami kerosakan teruk dan berlaku tanah runtuh di beberapa kawasan akibat gempa tersebut. Sementara itu tidak dinyatakan berapa ramai yang terkorban dan cedera dalam bencana ini.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata gempa tersebut berpusat dari kedalaman 27km, dan yang kedua berpusat dari kedalaman 24km.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here