HONG KONG – Doktor di selatan China telah mengeluarkan belut sepanjang setengah meter dari perut seorang lelaki pertengahan umur yang sengaja memasukkan belut tersebut kononnya sebagai ubat tradisional untuk sembelit.

Pesakit memberitahu doktor di Guangzhou bahawa dia ada terdengar bahawa dengan menelan belut hidup mampu melegakan atau menyembuhkan sembelit.

Dia dimasukkan ke hospital minggu lalu apabila belut yang hidup di dalam perutnya mula mendatangkan kesakitan terhadap usus selepas dia memasukkan belut tersebut melalui duburnya, kata laporan itu.

Belut mempunyai gigi tajam dan badan yang licin yang memudahkannya bergerak melalui pasir, lumpur dan batu-batu kecil. Belut yang digunakan oleh lelaki itu dikatakan mempunyai kepala yang besar seperti bola ping-pong.


Doktor berkata bahawa apabila lelaki itu tiba di hospital, perutnya telah kembung seperti belon udara, menyebabkan sakit yang teramat.

Ketika pembedahan, mereka mendapati haiwan itu berenang di dalam badannya dan telah menyebabkan kerosakan teruk kepada usus dan hampir membunuhnya, kata doktor.

Pada tahun 2013, seorang lelaki lain di wilayah Guangdong telah dimasukkan ke hospital selepas memasukkan belut ke dalam badannya untuk keseronokan seksual. Awal tahun ini, seorang wanita telah dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here