Seorang ahli nujum yang pernah meramalkan kemenangan Donald Trump sebagai presiden AS mendakwa tahu tarikh Perang Dunia III akan bermula.

Memetik Metro.co.uk, ahli nujum bernama Horocio Villegas itu mengatakan bahawa Perang Dunia ke-3 akan berlaku pada tarikh 13 Mei 2017.

Peramal beragama Katolik yang berasal Texas, AS, itu sebelum ini pernah menganggarkan Trump akan memenangi pemilihan presiden pada tahun 2015 lalu. Dia juga meramalkan bahawa Trump akan jadi ‘Raja Iluminati’ yang akan membawa Perang Dunia III.

“Saya telah mimpi di mana saya menyaksikan bola api jatuh dari langit dan melanggar bumi,” dakwa Horocio baru-baru ini kepada Daily Star.

“Mesej penting yang perlu diketahui orang iaitu antara tarikh 13 Mei dan 13 Oktober 2017, perang ini akan berlaku dan berakhir dengan banyak kehancuran, kejutan, dan kematian,” tambah Horocio.

Ramalan perang ini dikhabarkan akan melibatkan Syria dan Korea Utara.


Namun begitu, umat islam dinasihatkan supaya tidak mempercayai ramalan seperti ini, sebaliknya berserah kepada Allah dan berdoa supaya kita semua dilindungi khususnya umat islam di Syria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here